Reunion selepas 30 tahun hanya dapat menemukan sebahagian sahaja daripada jumlah sebenar warga yang seangkatan dengan kita. Teruskanlah usaha untuk menjejaki, mengesan, memujuk dll.........sebahagian besar lagi sahabat2 kita yang masih belum kita temui. Usaha ini sekarang semakin mudah dan kurangnya bebanan memandangkan sebahagian daripada kita berada di kawasan yang berdekatan di antara satu sama yang lain.
Kita ada sahabat2 yang aktif dan berupaya untuk menganjurkan perjumpaan2 kecil (MG) dan sessi Teh Tarik (TT) di kawasan masing2 antaranya:-
Utara - Noorsham Yusof, Am Mansor, Fatimah Hashim
Selatan - Said Ahmad, Shahruddin Abd. Rahman, Kamisan Mat, Rohana, Latifah
Timur - Yusof Mohd, Zaidi Ibrahim, Roslan Sukeimi, Jamil Sien, Noramad, Fairus, Bull
Tengah - Sukimin Juki, Member, Rahman Mokhtar, Esa Kahar, Hishamudon, Md Noor Maaros, Md Khir, Shaari Yusof, Azida Aziz, Elham Hassan, Ragunath Kesavan, Vijayan Nair, Aini Saleho, Rosmala Paiman, Hafizah Awang, Norela Mat Sah dll...........
Sabah - Sulaiman Asri aka Caming
Itu adalah sebahagian nama2 yang dapat disenaraikan untuk sessi MGTT di setiap kawasan masing2. Jika sekiranya ada nama2 yang tertinggal adalah diharapkan dapat dimasukkan ke dalam senarai tersebut.
Dengan adanya MGTT di setiap kawasan adalah diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita di samping dapat menjejaki sebahagian lagi sahabat2 kita dan juga boleh diadakan perbincangan ringkas mengenai persiapan untuk RII50YO (Reunion II 50 Years Old). Di samping itu juga kepada sahabat2 yang kebetulan akan ke kawasan2 tersebut samada atas urusan kerja maupun bercuti bolehlah memaklumkan terlebih awal di dalam blog ini agar sahabat2 yang lain boleh membuat perancangan untuk bertemu ataupun mengaturkan MGTT di kawasan tersebut bersama sahabat2 yang lain.
Adalah diharapkan aktiviti kita akan berterusan dan blog ini menjadi pengantara sesama kita dan jangan lupa setiap sessi MGTT perlulah disiarkan beritanya di dalam blog ini untuk tatapan dan pengetahuan sahabat2 kita yang lain yang berada di luar kawasan atau yang tidak dapat hadir sama semasa diadakan MGTT tersebut.
Segala komen dan cadangan dalam perkara ini amat2 dialukan demi kebaikan kita bersama.
16 ulasan:
sokong!!! Satu lg kalau terima menantu pun jgn lupa jemput...pastu publish dlm blog. Kalau dapat cucu pun publish dlm blog jadi kita org dah boleh mula panggil dato...(ni calon terdekat tak lain dan tak bukan mesti noorsham - datuk muda).
Min, kelas kau seorang dah ada cucu katanya... Saadiah
ha ah betul lah tu sha'ri.... dah ada yang dah jadi nenek.... saadiah! ada sesapa yang boleh buat coverage ke tentang nenek kita yang sorang nie. apa2 masih menanti dato yang pertama dari batch 78....
Aku rasa kau orang pun tau, M2 pun dah ada sorang nenek, cucunya dah berusia 3 tahun....Habibah kawan kita yang berada di Kota Tinggi.
Salam. ha... Bibah tu baru la nenek muda... dah berusia 3 thn dah cucu di.
Aku sokong cadangan sukimin agar jemputan anak kahwin, makluman perkembangan diri dimaklumkan utk tatapan kekawan... kalau sudi le...
hmmmm....dah banyak kita boleh buat soalan subjek sejarah nie:
1- siapakah di kalangan ahli sajoha batch 1974-1978 yang pertama menimang cucu?
2- bilakah tarikh reunion yang pertama? dan di mana? siapakah YBnya?
Soalan bonus
Siapakah pasangan pertama yg berkahwin sama satu batch SPM/MCE78?
hahaha...ini soalan futuristik
Salam. Tak slah kan... org lelaki biasanya kuota belum penuh.. hehehe
Zida, kau jgn nak taruk cili lagi eh....telinga usop tu dah pedas giler.......hehehehe
syabas sahabat2 ku,
meniti ke akhir usia ini amat bermakna dan begitu ceria sekali bila dapat bertemu kembali sahabat2 lama yang gurau sendanya tidak lari dari apa yang diharapkan.
semoga ini akan kekal sehingga ke akhir hayat kita nanti.
Baru sebentar tadi Sadiah called.....punya lah jenuh aku nak meneka suara sapa...sebelum ni aku main sms je dgn dia. Suara dia mcm anak muda lagi. Aku ada mention pasal MG yg bakal dibuat utk geng pompuan kat KL. Dia setuju tapi katanya, biar lah buat masa week end. So Zida....cepat fixkan datenya...kau org kerja , aku takpe ( ye ke aku ni tak pe).....
Hahahaha... kau memang tak keja Fati... tapi cik abang tu...
Jida, Pati.. siapa yang initiate/organize the mg?The ladies saja or with the guys? If u can give me their contact nos. I can help. Saya pun dah lama pencen. anyway,I'm quite anxious to meet u guys. Pati, abg Rosli, Jida and hubby, tq kerana sudi datang rumah ari tu.
Ha, baru bincang dgn Azida, nak fix date dulu maybe 1st Feb kot. Azida ajak buat kat umah dia di Serdang.Ok ke (Shah Alam ke Serdang)sat je. Kita buat MG utk ladies tapi kalau the guys nak joint sama, welcome.Kita buat utk yg KL ni tapi kalau member yg kat Johor nak joint , lagi bestkan...
Kalau u all dah identify the date surely I will block it to joint the MG.
Catat Ulasan