Khamis, 4 Disember 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Saya, isteri dan anak2 dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan2 serta keluarga masing2 dan kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman masing2 dan memandu berhati2lah ketika di jalanraya. Doakan agar rakan2 kita yang sedang menunaikan fardu haji kali ini agar mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapat menunaikan amal ibadat di sana dan memperolehi haji yang mambrur dan selamat kembali kelak.
Kepada rakan2 kita yang masih belum dapat dikesan, lipat gandakanlah usaha kita bersama agar kita sama2 dapat bertemu kembali pada 13 Disember yang akan datang.

13 ulasan:

kembara kelana berkata...

aku dan keluarga aku pun sama, mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua kawan kawan muslim dan muslimat..datanglah ke rompin, nikmati panorama alam semulajadi yang masih real...sunyi dan damai. Jumpa pada 1312. selamat ulang tahun perkahwinan juga pada fati 812, azida 912 dan mimbar 2412...[ setakat yang tahu ]happy blogging too. admin

fati berkata...

Aku pun sama, aku ucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk semua...serta terima kasih pada usop dan mimbar untuk ucap selamat hari perkahwinan aku dgn abg Rosly yg ke 25 (jubli emas ?) yang juga jatuh pada hari raya korban tahun ini. Semoga Allah mamberkati dan merahmati kami dan kita semua sehingga ke akhir hayat. Amin....

Azida berkata...

Salam. Terima kasih kepada Usop atas ucapan anniversary tu. Semoga kami bahagia dan hidup berkekalan hingga ke akhir hayat.

Aku juga mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua rakan2.

mohd noor berkata...

Salam Kawan2, aku pun mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd semua..... Aku pun akan meraikan ulang tahun perkahwinan aku yg ke 20 sama dengan Member pd 2412 ni.....
......SAHARA MAZABA......

sha'ri berkata...

Aku pun nak tumpang ucap selamat hari raya korban, maaf zahir batin, kepada semua rakan taulan seperjuangan.. utm KL

rahman berkata...

Dear Ucop, Syam, Bar, Fatty, Ida, YB, Mat Nor, Kimin, Shaari, Kamisan, member2 contributors yg lain2 jugak semua rakan2 permerhati samada yg masih menyorok atau yg dah kena terjah (cam aku)

Salam "pengenalan semula" untuk semua.

Utk yg menyambut Raya Haji - Selamat Beraya & kalau bawak keta laju, jgn lupa check brake. Kalau bawak slow..takpa check le anak2 selalu.

Utk yg buat korban - daging lebih bawak ler ke reunion, boleh barbecue

Utk yg nyambut Annv Kawin - (ada 4-5 org tu kan termasuk abg Rosly - cam kenal aje) Congrats..selamat Ulang Tahun - kau org boleh stayback kat hotel tu utk additional honeymoon. Kasi room no, sebab paparazi kita cukup utk cover kau org live. Nak discount - mintaklah sama YB

Yang takda anak atau ada 2-3 org tu..kena ambil kesempatan belajar dari Syam ilmu dia. Harap2 Syam boleh buat demonstrasi live (jgn marah Syam & jangan tak ajar pulak)

Mintak ampun & maaf sekiranya ada kesilapan.

kembara kelana berkata...

sedap dengar rahman punya komen, pukul habis dan pesanan yang cukup mantap tapi aku masih tak dapat terima panggilan 'ida' tu, tolonglah..telingan aku rasa macam kena sembilu lah...apasal ek..tapi tak pe,
man lepas reunion aku balik muar, lepak kat sana aku nak makan 5 benda, mee bandung, asam pedas ikan sembilang, apam balik kacang merah dpn bus stand, rojak petis dan putu piring jalan khalidi..nak join jom..

rahman berkata...

Pak Ucop

Itu satu idea yang cukup geliga. Harap2 aku free. Tapi, why not... Setakat nak escort kau jalan2 cari makan kat Muar ni takda hal la.. Aku tambah satu lagi..Murtabak Singapore kat Petronas, Tg Agas..tu pun mengancam jugak!!!

Tapi bole ke kau perabis semua ni...

Azida berkata...

Salam. Betul kata rahman tu Usop... sedap murtabak singapore tu. Aku lama tak makan...sejak ada jambatan kedua...

kembara kelana berkata...

gini man, 1412, aku gerak dari kluang, sampai tengahari kat parit jawa, kena asam pedas dulu, petang aku ke tanjung kena rojak , malam aku belasah mee bandung, esok 1512 otw balik aku ke muo, beli apam balik dan putu pising, buat bekal lepas tu jam 10 ke aku kena rojak singapore kat petronas...kubur mak dan abah aku kat celah sms muo tu...aku ziarah..pas tu aku baliiklah...puas hati...semua dapat...kau ada ke kau tak ada ke, aku belasah semacam, tapi kalau kau ada memang best man.. azida tak boleh join dia, ada pakwe nak kena jaga. aku ke reunion sorang jer.. lesen beso

Azida berkata...

salam. Haaaaa tu bukan setakat lesen beso... extended visa lagi. bila balik rompin?

fati berkata...

Hello...bila kita nak jengok Rosnah di Pt Sulong pulak? Aku cadangkan kita buat collection sikit untuk di sedekahkan pada kawan-kawan kita yg ditimpa kesusahan.

Kamisan Mat berkata...

Aku pun nak ucapkan selamat hari raya idul adha untuk semua teman-teman, kalau ada salah silap aku masa sekolah sampai la ni... pada sape jer samada aku perasan ke tak perasan harap maafkan.