Jumaat, 12 Disember 2008

Salam & Khabar dari Borneo

Terkedu kita menjelang 1312 ni sbb x dpt bersama dgn korang semua-so kita amek kesempatan di maya cyber ini utk sekali lg mohon ampun & maaf atas segala karenah kebelummatangan kita yg ada gaknya mengguris dan nyakitkan hati n perasaan kekawan semua...namun yg pasti 5 tahun kita bersama di SMSJ telah banyak memberi kenangan2 yg cukup bermakna..dan seterusnya 30 tahun lalu yg dilalui pasti banyak merobah dan mencorakkan keperibadian kita ...Untuk kali ini, kita hanya mampu utk mendoakan agar reunion 1312 esok akan sukses..Thanks Sukimin for your invitation to this blog..kita x dpt lelapkan mata lg ni sbb siang td kita jd Chairman for domestic inquiry utk kes yg agak parah...nanti bila kita dah mahir skit,kita akan cubalah muatkan foto etc etc. Salam dr Sulaiman Mohd Asri ~ Kota Kinabalu.

12 ulasan:

Noorsham berkata...

salam cameng...alhamdulillah dpt 'berjumpa' smula setelah sekian lama. Dulu aku ada tipon kau tp lps tu diam terus..mungkin masa tu kita semua masih sama2 sibuk dgn hal masing2..tp bila dah bertambah berumor ni, n dah lbh pengalaman dlm dunia pekerjaan..baru skrg dpt nak luangkan masa cari kwn2 lama. mungkin skrg nilah masanya...tak bestnya kau x dpt hadir...tp insyaallah, aku pun rasa elok utk adakan followup dgn 2nd phase reunion di mana kita betul2 dpt plan lbh jauh eg. Dec 2009 supaya mereka yg msh belum dijejaki dpt dicari n sape2 yg x dpt join utk reunion ini dpt membuat persiapan awal bg menghadiri reunion yg akan dtg..semuga Allah merahmati kau dan keluarga dan dicurahkan rezeki yg melimpah ruah...ameen

Kamisan Mat berkata...

Salam cameng...
tak tau kau ingat aku lagi tak? 30 tahun memang satu tempoh yang panjang dan alangkah manisnya kalau kita dapat bertemu dan bersua muka semula. tapi aku harap dan berdoa reunion ini bukanlah kali pertama dan terakhir untuk kita. Macam kata Noorsham kena ada followup, insyaallah dengan langkah pertama ini kita akan teruskan dengan langkah2 selanjutnya agar persahabatan dan ikatan silaturahim ini dapat dieratkan...ameen.

kembara kelana berkata...

chameng
gelaran ni lebih popular dari nama kau sendiri, walau pun 30 tahun dah berlalu. mamcamana kau dapat gelaran chameng ni dan sapalah mamat yang mula mula menggelarkan nama ni pada kau aku tak tau, tapi budak budak E memang banyak gelarannya.. semoga kau dapat join reunion yang ke 2 tahun depan nanti..dimana? bila? akan diumum pada malam ahad ini oleh YB

JunglePeople berkata...

Kamisan,pasti kita tetap ingat pd ko- esh, Kamisan jaguh carrom sapa yg x kenalkan!!
Ucop, kita buka rahsialah-Chameng ni nama sorang cikgu kita masa di Sek rendah di KK-cikgu Chaming ni jaguh badminton KK-kira mcm idolalah-tapikan kitapun dah x ingat camna boleh lekat nama Chameng ni-rasa2nya ni Syamsul Jabar yg empunya angkara!!
Dlm kesempatan ini kita doakan semua kekawan agar sentiasa berada dlm keRahmatan & KeampunanNya.
Chow dulu - time Jumaat ni kat KK.

Azida berkata...

Salam. Chameng apa khabar? Noreen ada cite pasal U. Tak tau la kau ingat aku ke tidak. Semoga dapat berjumpa di lain masa.

Sukimin berkata...

Syabas Chameng! teruskan buat posting ya. Rindu sama orang di sabah......

sha'ri berkata...

Chameng, bila nak post gambar kau. Kita orang kat sini teringin jugak nak tengok perkembangan kau... dan mungkin dengan famili ke. .. .. Macamanapun kita doa semuga dpat jumpa in the near future.

JunglePeople berkata...

Azida, kitorangkan sekelas, pasti kita masih ingat..syabas coz u r now someone very important in yr organization..kita juga tumpang gembira atas kejayaan kekawan yg lain..
Yes Bro Dr Sha'ri, nanti kita try postkan gegambar yg berpatutan!! Eh Ida(pinjam dr Rahman!)kita blur skitle sapatu Noreen..akak Salaudin ke? Selamat berReUnion esok..
Min, kita ni bukan gheti sgt bab blog memblog ni..tp insyallah kita akan trus menyumbang..Salam utk semua..

Sukimin berkata...

Oklah tu chameng. Utk keterangan lanjut, cuba klik pada tajuk Tips di ruang Labels. Ini akan memaparkan beberapa cara untuk buat posting.

JunglePeople berkata...

Thanxs Min, ilmu berguna yg diturunkan serta dimanafaatkan bosa ganjarannyatu.

Azida berkata...

Salam. Haah.. Noreen tu akak Salau. Kan dia sama kelas dgn kita... cuba tgk kembali gambar kelas tu... Nama penuh norela

JunglePeople berkata...

Thanxs Ida for the enlightenment..yes kita scan gambo2kekawan 5E2 yg attend dinnertu..payah gak nak cam..maklumlah dah banyak perubahan..
Namun syukurlah sbb kita semua masih diberi peluang lagi utk mencorakkan perjalanan hidup kita - semoga kita sentiasa mengikuti jalanNya yg lurus...
Diizinkan,moga kita semua dpt ketemulagi pd Reunion RA30Y II..eh rasanya dah jd RA31Y kan...