Selasa, 2 Disember 2008

ROSLIE AHMAD & MUSTAFA KAMAL AHMAD 5E1







Salam kawan-kawan
Semalam aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan2 kita yg telah dikesan di Melaka & Seremban. Salah seorangnya adalah Mustafa Kamal yg bertugas di Agro Bank Alor Gajah Dah ada tiga anak tp berada dgn isterinya di Rengit Batu Pahat kerana tugas.Jadi kawan kita ni duk bujang aje di Alor Gajah. Dia tak dapat nak join pd 1312 ni kerana ada family day bank pd hari 1312 walaupun hati berat nak join tp apa nak buat.
Seorang lagi adalah Roslie Ahmad yg bertugas di Sek Men Sains Seremban Dia ni merupakan pemain hoki Sains Johor yg gambarnya telah dipublishkan oleh Sukimin tempohari Dia akan hadir pd 1312 nanti. Kat sini aku ada postkan gambar diaorang mas a perjumpaan tersebut


7 ulasan:

kembara kelana berkata...

terima kasih
jumpa juga 2 sahabat aku ni...amboi lama tak tipon, tadi ragu call aku... alamak best lah dia kata,dia tak sabar nak datang reunion..nanti dia kirimkan gambar dia dan family.
terima kasih sekali lagi. mustafa punya misai...ganas tu..rosli, awat hang kembang sangat

sha'ri berkata...

rosli, kau nie banyak fikir kot... aku tengok md noor pun sama jugak... aku pun sebenornya 2 kali lima jugak... dah makin berumur

Noorsham berkata...

aaiii...sayyy...korang ni muda2 lg dah fikir byk2 smpai rumput pun dah nipis2 jer....md. noor, rosly, sha'ri...kalau ada 12 org anak kan tak payah pikir byk2...hehehe

Sukimin berkata...

bila nengok gambo si rosli ni aku rasa macam pernah terjumpa dialah kat event yang berkaitan dengan bs/sbp. tapi sebab kadar pengembangannya yang berkadar terus, itu yang tak cam sangat yang dia ni rosli.

Kamisan Mat berkata...

aku kalau bergesel bahu ngan rosli ni memang sah tak cam pun...mustafa kamal tak banyak berubah macam dulu juga kan...

Noorsham berkata...

mus, akhirnya kau muncul juga...alhamdulillah. Muka kau x ubah mcm dulu n nampak muda jer...jgn tak dtg 1312 k...

kembara kelana berkata...

salah tu mus, dulu manalah misai kau setebal tu...apalah kau syam, punya penat mus simpan misai...pada aku berubah menjadi garang sikit