Selasa, 9 Disember 2008

Reunion: Sekadar Cadangan

Bila ke majlis seumpama ini, biasalah akan banyak gambar-gambar yang akan diambil. Kemudian akan dipancarkan waktu dinner (agaknya). Mungkin sebelah petang gambar diambil dan ada yang akan sediakan material untuk malam dinner tu. Bila dah lalui semua event baru teringat nak copy gambar-gambar atau mungkin powerpoint atau senarai alamat terkini kawan-kawan yang lain. Masa tu menyesal pulak tak bawak pendrive@thumbdrive. So sebelum terlupa, jangan lupa sediakan pen drive. Kalau boleh biar saiznya besar sekurang-kurangnya 2 GB. Sekarang ni harganya dah murah - kurang dari RM50! Faham-faham ajelah gambar digital kamera zaman sekarang ni kan at least 3MB saiz setiap satu. Bila dah ada pen drive tu make sure kosongkan isinya sebab tak guna kalau saiz pen drive besar tapi dah berisi dengan fail-fail dan bila nak copy nanti, spacenya tinggal seciput je - tak muat lak nak masukkan material tu.
Bila dah siap dengan pen drive ni jangan lupa ikat dengan tanda nama dan tulis nama dan no hp kau orang. Maklum ajelah bila urus setia terima banyak pen drive dia orang pun pening kepala. Yang kau orang lak biasanya konfiden aje boleh ingat yang mana satu kau punya. Tapi bila dah banyak....tu dia! banyak yang sepesen sampai kau orang pun tak cam yang mana satu kau orang punya! Tak kan kau orang tak ingat tiap kali ke masjid, pergi selipar lain, balik selipar lain. Ini semua gara-gara orang tak ingat selipar dia mana satu (atau memang ada kutu yang rembat selipar).
Aku cadangkan kepada yang bawa pen drive, kau orang copykan sikit gambar terkini dan gasmbar dulu-dulu kau orang. Masa registration kau serahkan pen drive kau pada urus setia, dia orang akan copy dan delete fail-fail gambar kau orang. Bila habis majlis dia orang akan copykan semua material petang dan malam ke pen drive kau orang. Kalau tak sempat siap sebelum majlis habis, at least dia orang boleh over time dan bila dah siap boleh kol kau orang berdasarkan no tepon yang kau tulis tu....
Setakat ni yang aku terfikir material untuk disalin ke pen drive untuk kau orang bawak balik ialah...
1- Senarai nama, no telefon dan emel semua batch kita (yang ada ajelah)
2- Gambar sekitar majlis dari petang sampai malam
3- Powerpoint yang disediakan untuk malam tu (mungkin kat sini ada gambar dulu dan gambar sekarang kau orang)
p/s Jangan lupa, surau SMSJ nak dinaiktaraf. Kalau kau orang nak derma pengetua alu-alukan

2 ulasan:

rahman berkata...

Sop..pelik jugak aku bila kau menulis..kekadang serious sampai menangis org baca, kekadang kau lucu..menangis juga org baca..kekadang sedih..menangis jugak org bila baca..jadi rasa aku la..setiap kali baca cite kau..mmg semua org menangis le..samada dia sedih, ketawa atau takut..

lha ni cite pendrive pulak..ni aku nak cakap ni..jgn asik kau ingatkan org..kau pun jangan lupa bawak kau punya lak.

Noorsham berkata...

man, kau ni pun satu lah. Kan yg tulis post ni sukimin. Aku tgk kau semenjak dua menjak lps timbul ni dah mcm mereng skit...kau makan ubat tak man...hehehe..