Selasa, 2 Disember 2008

REUNION '78

Sebenarnya aku ni terpanggil sendiri untuk melakarkan catatan ke dalam blog ini yang setiap hari aku layari. Entah berapa kali aku layari aku pun tak kira.

Tetapi sebelum ni aku nak minta maaf banyak-banyak keatas kekawan semua. Bukan niat menyindir atau menyakitkan hati sesiapa!

Aku rasa kesian kat YB. Aku tak tau latarbelakang dia secara mendalam. Kadang-kadang orang perpapatah " bibir senyum jiwa parah".

YB dah berusaha keras turun naik dari JB ke KL. YB juga dah berusaha menjejaki kekawan yang tidak dapat dihubungi. Beliau berjaya menjejaki kekawan dari E1, E2, M1 & M2.

Besar sumbangan YB ni. Tapi... aku perhatikan cuma 30% sahaja yang telah menjelaskan bayaran. Kesian YB. Kalau dia mengaku yang dia dah taraf Jutawan, aku mungkin tak kisah.

Jangan salah anggap YB suruh aku tulis ni. Ini aku punya hasrat sendiri tau. Jangan cemarkan nama YB kita tu..

Kalau kekawan nak kata aku ni menyibuk, terpulanglah.!

Tapi aku sendiri pernah susah dan pernah sederhana.. jadi aku tahu.

Ampun maaf zahir batin andainya aku ni menyinggung hati. Sebenarnya aku faham ada yang sibuk dengan tugas dan ada yang kurang mahir untuk buat e-banking.

16 ulasan:

kembara kelana berkata...

ok bar
entri yang memberikan makna dan terus terang. aku akan bayar esok. tak reti nak buat pakai maybank2u.com
itu adalah ingat mengingati

Sukimin berkata...

satu peringatan yang ikhlas. ingat-mengingati tak jadi kesalahan. kita ni kan manusia....tak perlu kau delete entri ni pada pandangan aku. kita semua dah dewasa (hehe bukan maca tahun 1978 dulu, kecik hati sikit dah tak geng). apa-apapun said, kau jangan lupa kalau dah jadi YB betul-betul nanti lantik mimbar jadi SU kau - bagus dia ni ikhlas dan berani berterus-terang....

fati berkata...

SALAM,
Aku dah bayar pagi tadi, aku dah email pada said butirannya...aku salah org ke? Sebenarnya nak email atau sms pada siapa ek

kembara kelana berkata...

biasalah tu bar,
kau jangan nak delete sebarangan dalam blog ni..aku delete kau nanti..jumpa pada 9 hb..aku dah tak sabor nak berenang dengan kau di kolam renang RBR. Arbakaria jadi ke datang ke rompin

Azida berkata...

Salam. Member, aku amat menyanjung keberanian kau menyuarakan apa yang aku rasa selama ini..sebab aku rasa lambat sangat pembayaran dibuat sedangkan YB kena bayar deposit dulu kepada hotel. Lain la kalau function pejabat.... hanya perlu buat undertaking letter shj. Salute U.

Usop.. kau ni tak sabar tunggu 1312 ke 912... 912 tu tarikh penting aku tu...

kembara kelana berkata...

azida
912 mimbar dan family dia ke rompin..dua hari datang just nak sembang sembang puas puas dengan aku dan family aku..kebetulan pulak 912 tu ada citer..apa yang penting tu azida?

fati berkata...

Pasal bayaran ni kan, aku rasa ramai geng kita ni yang tak tengok blog.Ada separuh tu, mungkin email pun tak de, so dia org tak tau nak bayar bila, macm mana, pada siapa, no akaun apa....jadi macam mana kita nak beritau dia org? Nak kena call ke.
Soalan aku pun tak terjawab lagi,butir2 bayaran tu nak hantar kat sapa sebenarnya, aku ni slow sikit lah.
Sop,912 tu wed. annv. Azida. Aku punya 812...amacam...boleh sambut sekali kot?

kembara kelana berkata...

fati
jangan sampai call call. 812 912 kita raikan pada 1312...oklah tu, kau sms pada said dan resit kau jangan hilangkan ianya akan diganti dengan nombor bertuah nanti masa daftar....apa apa urusan kau email said dan sms said...hanya YB saja diberi kuasa yang sebeso ni

kembara kelana berkata...

macamamana aku nak ampun kau mimbar, kes kau menyendeng padan dan tangan letak tempat sandar kerusi belakang dia tu...kau pikir senang ke aku nak ampun...aku tak marah cuma aku tak suka, pasal apa aku tak suka? entahlah tapi aku memang tak suka pada senyuman kau tu malam tu..hahahaha

Azida berkata...

Salam. Korang berdua ni memang... tentu OG gelak bila baca entri korang

fati berkata...

Haah lah zida...abang rosly pun gelak baca entri "seronoknya".Lepas tu bila dia baca komen2 usop untuk membar lagi gelak besar dia...aku dah gelak awal2 dah.....sekarang ni blog ni dah jadi hiburan kami pulak.

Said Ahmad berkata...

kepada semua,
itu semua tiada masalah dengan aku. bukan kerana aku ni kaya ke atau hartawan tetapi sambutan yang telah diberikan membuatkan aku gembira dan biarlah aku selesaikan dulu masalah ini demi tidak membantutkan semangat kekawan kita semua untuk berjumpa.
mana yang bayar lambat mungkin akan didenda sama saperti di sekolah dulu bila balik lambat ke asrama setelah bercuti memang kena denda.hahaha................

kembara kelana berkata...

said
beri kat mr paul jer..biar kena jogging. padan muka depa..alamak aku pun tak bayar lagi..bahaya ni.

Azida berkata...

Salam... Hahaha Usop, baik byr cepat.. nanti mr paul denda kau jogging keliling asrama

Sukimin berkata...

bukan joggong keliling asrama tapi jogging setempat. masih teringat lagi suara mr paul kalau menjerit suruh joggin bila kita kantoi pijak rumput - "Hey you! jogging". maka dengan muka tebal beberapa inci jogging setempatlah kita. apa2pun sampai sekarang aku kalau pijak rumput masih rasa bersalah...

Azida berkata...

Hahahaha... aku boleh bayangkan camna...