Isnin, 1 Disember 2008

Noor & Noor's Family

Salam kawan2,

Disebab permintaan dari usop utk menyiarkan gambo keluarga saya yg katanya yg teramai di kalangan batch MCE/SPM 78 (ya ker?), saya dengan ini 'menghadiahkan' gambar keluarga saya utk sume kawan2. Kot2lah nanti ada yg terjumpa sesiapa dari ahli keluarga saya ni, tegur2lah mereka dan perkenalkan diri supaya mereka tahu bahwa walaupun kita cuma bersama utk 5 tahun di sekolah dulu...tapi hubungan siratulrahim tu kekal sepanjang hayat. Dan ini juga bole menjadi contoh bagi anak2 saya betapa penting kita mengekalkan hubungan siratulrahim antara kawan2.


Berdiri kanan-kiri: Muhammad Hafeez(6),Abdul Haleem(5),Muhammad Hanafi(3),Raheel(4),Ahmad Hambal(1),Luqman Hakeem(2),
Duduk kanan-kiri: Ihtishaamul Hasan(7),saya,isteri tersayang-Noorhaida,Muhammad Haykal(8)
Duduk kanan-kiri: Reyhana(10),Ameer Hareez(12),Razana(11),Khairul Hazeem(9)

Gambo ni masa raya 2006 kalau tak silap saya n anak yg no 2, Luqman Hakeem tu belum kahwin lagi. Saya dan isteri sekarang di Sg. Petani, Kedah, baru pindah hujung tahun lepas setelah isteri saya dpt kelulusan utk bertukar mengajar di sini disebabkan rancangan saya utk menjalankan perniagaan disini. Saya berkahwin pada tahun 1981, masa A-levels di Northampton, England. Masa kami balik ke Malaysia, kami juga bawak balik 3 anak yg lahir di sana n sorang yg masih dlm perut ibu dia disamping ijazah kami. Alhamdulillah, semua anak bersalin dgn senang tanpa ada apa2 masalah..semua normal delivery, malah anak kami yg kelima, Haleem dan keenam Hafeez terlalu cepat sgt keluar dan lahir di rumah pada waktu awal pagi n x sempat bawak ke klinik atau hospital. Yg ke 12 plak, pecah darah masa tgh holiday kat A' Formosa, Melaka dan saya terus balik ke JB sebab isteri nak lahir anak di Johor...

Sekarang ni, Hambal bekerja di KL dlm bidang IT, Luqman Hakeem dn adik dia Hanafi bekerja di satu syarikat pembekal medical equipments, Raheel-final year di UPM dlm bidang horticulture, Aleem sdg belajar perubatan di Dublin, Ireland, Hafeez sdg buat foundation di Kolej Mara Kulim, Hasan SPM tahun ni, Haykal ting 3, Hazeem ting 2, Reyhana ting 1, Razana djh 5 dan Hareez drj 3.

Saya mintak kwn2 doakan kami sekeluarga dirahmati Allah dan berjaya di dunia dan akhirat Insyaallah. Ada yg berminat utk berbesan ker?...hehehe...

10 ulasan:

Azida berkata...

Salam. TQ Syam. Aku doakan keluarga kau yang besar ni bahagia. Beruntung kau, tapi yang aku musykil apasal umur anak dalam posting tu macam muda benor aje... ke kau lupa umur mrk hehehe...

kembara kelana berkata...

syam
terima kasih kongsi family pic kau pada kami semua, peminat blog akan lebih seronok jika semua orang buat begitu...ragunath akan hantar gambar family dia..juga tak lama lagi.
syam
ornag tua tua kata, benih baik dan tanah subur..dewasa ini nak cari orang ada sedozen anak, payah nak jumpa. kau memang kuat. kuat apa ek, ya, kuat kerja...semoga kau dimurahkan rezeki syam

sha'ri berkata...

Sham, aku nampak kau makin muda lah
walau anak 12 ... apa rahsia gaknya.

Noorsham berkata...

Azida,
no yg dlm kurungan tu ialah 'anak yg ke berapa'..bukan umur dorang. Jadi semuanya 12...saya tak lupa umur mereka tp kena buat kira2 skitlah...hehehe

Usop & Shari,
Kau org nak tau mcmana nak jd 'kuat' kena bwk pengeras dia dulu...hehhee. Nak jadi 'muda' mcm aku...senang aje, korang dpt kan 12 anak mcm aku dulu..jd mudalah korang...ekehkeh....

Sukimin berkata...

seronok tengok famili kau sham. semua dengan aksi power ranger/hip hop/rock masing-masing termasuk mak dia orang...kau aje yang control macho

fati berkata...

Hari tu tak sempat jumpa orang rumah Norsham ni, dia takde di rumah. Insya allah bila kami singgah SP lagi, kita akan jumpa ye...

kembara kelana berkata...

fati
norsyam sengaja sorok kan noor dia dalam bilik...kau bukan tak tau norsyam tu..pandai main sorok sorok sejak dulu ..semua port kat smsj dia tau..[ syam...jangan mare..]

Azida berkata...

Salam. Emmm cakap la awal2..tak la pening aku tgknya....hehehe

Noorsham berkata...

azida, takkan microprocessor masih pakai yg pentium lg...skrg dah core2 duo tau, min 1.6GHz....jgn mare...hehehe....

sop, walaupun dah beso, kdg2 kena main sorok2 jugak...baru ler seronok skit...tak mare nyer...kau tak caya, kau cuba ler...nnti bertambahlah anak kau...hihihi...

Azida berkata...

Salam. Hahahaha... kalau marah kau pun Syam.. aku dpt ape.. dpt kedutan aje.. tak mau.. masih nak bergaya muda lagi hehehehe