Ahad, 7 Disember 2008

Mini Gathering: Am Mansor, Jamil Sien & Amin Ali Zin

Inilah lokasi bersejarah tempat Mini Gathering berlangsung pada 30 Ogos 2008 yang lalu -
Restoran Nasi Kandar Pelita, Subang Jaya
Gambar menunjukkan model nasi kandar sedang beraksi . Kelihatan jauh di belakang ialah Mimbar dan Jamil

Ketibaan Azhari disambut oleh Jamil dan Mimbar - selepas 30 tahun tidak berjumpa

Giliran Amin Ali Zin pulak yang tiba

Am Mansur disambut oleh Mimbar dan Amin

Ketibaan Md. Nor

Mereka yang hadir dalam MG kali ini
Md. Nor, Sukimin, Jamil Sien, Member, Am, Azhari dan Amin

Kali pertama Mini Gathering (MG) ni dibuat pada waktu pagi. Kalau dulu masa MG kat Pelita ni kita buat kat tingkat atas, tapi kali ni buat kat bawah. Aku dengan Azhari sampai awal daripada masa yang dijanjikan, tapi rupa-rupanya ada orang lebih awal sampai dari aku. Seperti biasalah siapa lagi kalau tak si Mimbar ni. Dia datang sekali dengan Jamil Sien. Memang happening betul perjumpaan kali ini. Agaknya sebab esok nak raya korban kot. Kau orang tahu ajelah dia org tu memang sekepala masa kat sekolah, itu yang riuh-rendah dibuatnya. Macam2 kisah yang dikongsi. Antara yang aku ingat ialah kisah Pesta Pembangunan - Rumah Amin jadi port tempat budak Sains Johor tidur sampai 32 orang! Kisah bila nama dan contact number keluar kat blog, classmate masa sekolah rendah pun kol, kisah mini gathering yang dah dibuat, kisah di mana dan bagaimana rupabentuk terkini rakan-rakan lain, kisah lada hitam, kisah macam mana nak tumbuhkan bauk (sideburn) dan bulu dada masa di sekolah dulu etc.
Masa tengah rancak berbual kisah silam dan semasa, ramai kawan-kawan lain yang kol tumpang sekaki macam si Usop dan si Noorsham. Riuh rendah betullah dibuatnya.


Dalam pada itu ada beberapa adegan yang tak sanggup/tak ingin dilihat berlaku......


Mimbar memberi amaran agar jangan tak datang pada 1312 ni sebagaimana yang dipesan oleh Pengerusi JK Kempen, Usop. Segagah-gagah si Am tu, kau tengok apa dah jadi...


Gaya peluk Am dan Mimbar yang terover ni, sampai Amin pun tak sanggup nak nengok

Ada yang datang berpakaian seksi - cuba teka bulu betis siapa ni?


p/s Inilah posting yang paling siksa yang pernah aku buat. Lebih dari 4 jam beb baru jadi macam ini....parah betul line kat Shah Alam ni....intermitent semedang! Pukul 8.55pm baru dapat siap upload.


selamat hari raya!

9 ulasan:

kembara kelana berkata...

woi mimbar, mentang mentang aku jauh..kau perlilah..kau jangan kecik hati tak panggil rahman, dia hari sabtu dengan hari minggu ..dia memang sibuk..kalau kau panggil , aku bukan nak kata apa..memang sah tak datang...lagi pun kalau majlis tu aku tak ada, lagi dia tak datang.. kalau tak kenapa dalam ramai ramai kawan , aku sorang yang cari pada raya pertama dikampung...kau bayang tengok jasa aku dgn dia, akulah yang membesarkan dia mimbar..aku.
[ jangan marah man...hahahaha]
sorang lagi mamat hari ni asyik termenung jer...si kamisan tu, call ogy, ogy taka angkat bar...kah kah kah kah..padan muka..hahahahaha..nasiblah kau kamisan, kau pikir senang ke ogy nak angkat tipon sebarangan.. kalau aku call, terus san , terus..angkat selalu. [ maaf san, karang tak lalu pulak kau nak belasah ketupat...]
terima kasih lah wak kau usik aku dan layan kawan kawan aku tu. kalau aku ada aku gosok kepala am tu, aku peduli apa dia marah.

Noorsham berkata...

amin...td masa ckp kat tipon dgn kau, baru aku tahu selama ni aku dah salah anggap yg kau yg main mercun dlm kelas sampai kena sebat dgn cikgu brahim. sorylah amin. rupa2nya kau yg take the blame utk org lain punya dajal. tp aku salute kau sbb nak slamatkn kwn2 kau snggup korbankan diri kau

tp ada satu lagi peristiwa yg aku tak bole lupa ialah masa kita form 3 ke form 4. Masa tu kelas kita bising sgt sbb kacau minah2 kelas 2e1 yg ramai lawa2 tu smpai si isa kahar buat satu mcm papan tanda tulis seks kuat n tunjuk kat kelas tu sampai ustaz yg kat library tgh mtg nmpak. lps tu dia dipanggil oleh cikgu brahim n disuroh bwk papan tanda tu skali n kemudian disuroh diri kat luar bilik n papan tanda tu digangtung kat leher dia...kelakar betul kes tu. tak bole lupa aku si isa anak kahar tu...hehehe

Kamisan Mat berkata...

Tahniah la kat kau Member, Min. Slalu dapat buat mini gathering. Siap warning lagi kau ya kat kawan2 kita tu.
kau kutuk la aku sop tak pe, nanti jangan menyesal plak....termenung ada makna tu....

kembara kelana berkata...

kamisan , kamisan...tercabar kau rupanya yer...hahahaha

rahman berkata...

Min..wah..satu MG yang cukup produktif arini..Berkat Min

Bar, aku tak leh nak kata apa2..sebab Ucop dah jawab bagi pihak aku..Mentang2 blog dia..abis nak buat camna..Kena redha ajelah..Next time aku join kau bar.

Aku cukup terpukau dpt menyaksikan wajah bro2 aku Jamil, Amin, Azhari, Am, Md Nor..semuanya..Klas dia org ni. Kalau free call la aku.

Md Nor..nanti kita minum sama2..ok Lama tak jumpa kau

Min, aku dah check..yg kau seksa nak upload tu bukannya salah coverage..bukan..tapi sebab foto seksi yg cukup menyeksakan mata. Alangkan laptop aku ni pun cukup liat nak loading sebab terseksanya dia gara2 terlalu seksi di mlm2 raya ni. (Sory Amin)

kembara kelana berkata...

betul man,
sebab photo tu atas 18 tahun jer boleh tengok...tu sebab payah nak upload.

Sukimin berkata...

betulla man kau kata...memang foto si seksi tu dan foto adegan peluk-memeluk tu yg berat! Kalau cikgu raman tengok gaya mimbar warning dia org ...aku rasa dia mesti respek punya.
Teringat kalau bukan pasal hari raya, yb mesti terpacak sama

rahman berkata...

Min..kemana lah nak ditumpahkan ilmu si Man Maging tu kalau lah tak ke Mimbar. Susah dapat min..ilmu tu, kenapa penampar Man Maging 3 kali baru khatam.

Sukimin berkata...

hahaha kau ni man tak abis-abis ingatkan cikgu rahman tu...