Isnin, 1 Disember 2008

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Seuatu yang indah itu seharusnya dikongsi bersama. Ini ada beberapa situasi yang patut dijadikan renungan bersama agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ....

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1.
utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2.
utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3.
utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4.
utk pakaian kita yang dah tak muat,
krn itu bermakna kita cukup makan.
5.
utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas ,
krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6.
utk bunyi bising jiran²,
krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7.
utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok,
krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8.
utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9.
utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.
utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

8 ulasan:

kembara kelana berkata...

Azida
itulah yang dikatakan keindahan yang terselubung, mengintai gembira di sebalik keresahan. Biasanya azida, bila kita kehilangan sesuatu baru kita menghargainya. TErima kasih ringankan jari memasukkan sesuatu untuk kita kongsi bersama

sha'ri berkata...

Ini konsep kesyukuran yang ultimate, 'qanaah' namanya. Kita reda, dan kita syukur,terima kasih kepada semua keadaan, situasi, perkara, peristiwa,semualah....dan juga sentiasa meningkatkan kesyukuran dengan meningkat ketaatan, kepatuhan, atsa perintah dan suruhan ilahi serta menjauhi laranga, tegahan, dan amaran YANG MAHA ESA. Masih ramai lagi yang kurang nasib baik dari kita.

mohdkhirmatnor berkata...

Salam.
Azida
Syukurlah kesedaran masih ada kat kita.
Aku ni rukun islam ke 5 belum daftar lagi. Kalau nak ikut dah lama pergi dah tapi hujung tahun buat modal bayar yuran sekolah.
Bila baca entri kawan2 aku rasa nak daftar ASAP.
Kau Azida ada bakat seni. Ingat Usop aje.Power Sop , Azida ni!.Satu lagi Norasyam. Tahniah. Aku ni lurus bendul.
Berjumpa kita pada 1312 nanti.

Sukimin berkata...

Terima kasih azida...

boleh tambah tak? kena bersyukur walaupun kita terlajak simpang sebab boleh pergi minum cendol...itu bermakna kita masih boleh berfikir dan masih tahu

dan tambahkan lagi syukur tu kalau beli extra dan jadikan buah tangan bila ziarah kau kat umah.

kembara kelana berkata...

aku ketawa ler pulak baca komen khir
sama ler dengan aku khir, bila simpanan dalam LUTH baru sampai india, dah kena balik ke KL semula sebab aku draw nak nyekolahkan anak. tak per ada rezeki ada nanti,
azida nak nambah,
kalau sampai muo nak beli apam balik isi kacang kacang merah, tengok apam dah habis, bersyukurlah kerana duit kita tak luak, kalau nak ke tanjung emas nak makan roajk petis muo, tengok kedai tutup, bersyukurlah sebab selamat duit kita sekali lagi..

bab syukur yang merapu...hahahaha

Azida berkata...

Salam Semua. Hahahaha.... Korang ni pandai aje menambah... Tersenyum sorang aku membacanya.. Kalau sehari tak buka blog dan baca komen2 korang memang tak sempurna rasanya...

Noorsham berkata...

Azida, I like your posting very much. Actually,this is how we should think most of the time...in reality...sometimes out mood affect our thoughts...

When I read Dr. Covey's book the seven habits of highly effective people, I was much impressed and affected by it...this in essence is one of the habits....

Sop...citer kau sama jer dgn aku, tambah lagi bila ada 12 anak...skrg ni bila nak buat bisnes ni...lagi plak, habis sumer simpanan yg ada...insyaallah kena start balik...tak nak ler pegi haji bila dah tua2 sgt kan...amacam kalau kita plan ramai2 sape yg belum pegi utk pegi pada tahun yg sama...katakan dlm masa 3 tahun dari sekarang...mesti seronok nyer kan...

Azida berkata...

Salam, Syam.. aku dah queue untuk tahun 2011. Tak mau gi cepat sangat gak... takut balik haji nanti masih kekal perangai lama... Masa tu umur kita 50....