Jumaat, 12 Disember 2008

kempen terakhir reunion after 30 years

Menjelmalah wahai mimpi

tiada lagi
bicara manis penarik semut ke sarang lamanya,
rayuan perindu pada kekasih lamanya,
madah penyair menulis warkahnya,
gurau senda kawan untuk semendanya

aku berdoa
agar hilang kabus menutup denai hari
agar bersinar suria mengganti mendung
agar rindu yang menggamit terpecah ruyungnya
agar salah dan silap menemui kemaafannya
agar sendu rindu menitiskan air mata gembira

aku tau,
aku jauh
aku tak upaya
aku siapa, tuan siapa
aku cuma gagak dirimba
aku cuma mengemis lambaian sukma
aku sekadar mengilir masa

semoga kita raih
seribu warna
seribu makna

sekian
kembara kelana

YUSOF MOHAMAD
5M1 JK KEMPEN REUNION 2008
KUALA ROMPIN, PAHANG

2 ulasan:

JunglePeople berkata...

Khas & istimewa utk Usop:-
"Daun Selasih Daun Mengkudu,
Terimakasih - Thank you!",
eh Sop, pantun ni Pak lah yg bagi tau..semoga ko akan terus berkarya..

kembara kelana berkata...

TIMA KASIH MENG