Rabu, 10 Disember 2008

Gelaran2 semasa sekolah

Salam semua

Aku tau si usop, membar n arbakariya dn family dorg semua tgh riuh rendah berkumpul kat rumah usop ramai2...takper, biarkan dorg...maklumlah aku jauh...nnti lain kali bila ada kesempatan kita serang rmh usop tu plak ramai2...biar habis sumer beras dia smpai dia anak beranak takder apa nak makan lagi...hehehe

Ni aku nak bawak berbincang skit pasal topik di atas. Hari tu Fati ada ckp pasal kamisan yg mereka panggil gate...sbb kata kamisan gate kat rumah bapak dia besar n sebab tu dorg panggil dia gate..aku ingat bunyi gelaran tu mcm 'ga-te'..hehe. Aku tak tau sgtlah gelaran2 yg di beri pada kwn2 pompuan masa kat sekolah tp kwn2 lelaki terutama dari kelas E aku tahulah terutamanya kat E1.

Citer pasal gelaran ni, aku rasalah dlm satu2 kelas tu msti ada sorg dua yg cukup suka bagi gelaran dan setahu aku utk kelas E1...si Azman arab atau gelaran lain man german tu lah yg paling suka bagi gelaran. Beberapa org yg terkenal dgn gelaran masing2 ialah...yem babu, rosly lot, md nor...x nak ckp!, jaafar cicak..sbb slps dia mula pakai cermin mata yg photo gray..mata dia azman kata mcm cicak..hbs terus melekat, smpai yem isa bila lukis duty roster kelas, kat atas tu ada gambar cicak (sbb masa tu jaafar jd class monitor) sbb tu kira trademark kelas lah...n bila cikgu masuk kelas pun heran n tanya kenapa ada gambo cicak kat duty roster n sumer org ketawa...

Yg lain ialah Azman Kyber...yg ini aku tak ingat mcmana bole jd kyber, mungkin dia minat sgt citer pasal Khyber Pass kat india pakistan masa geografi kot; Amir gol keeper pulak...jugak tak nak ckp... tp citer di sebalik gelaran ni paling kelakar...hehehe; isa kahar...itik sbb jalan dia kenkang mcm itik..juga digelar dgn isa kenkang(hari ni aku dah dpt berckp dgn dia sbb YB dah dpt jmpa dia kat kl); aku..si azman panggil aku tocham...jd yg lain pun ikut juga;

Untuk E2 plak yg aku ingat mcm Razif Atuk, Shamsudin Sulaiman..t.., Azhar..b.., abg aku Sulaiman dorg panggil Gbug; Shamsul Jepun (sebab muka mcm jepun), Shaharudin Batan..yg ni aku tak tahu pasal apa.

Untuk budak2 M plak yg aku paling ingat ialah aruah shahrudin...shahblack, yg lain tak bape ingat.

Apa pun...gelaran2 ni sebenarnya ada yg kwn2 tu suka atau tak kata apa2 n terima jer, tp ada juga yg aku rasa dorg x suka tp no choice n kena terima. Jd bila kita dah lama tak jumpa ni..bila jumpa kwn2 lama, kebiasaannya utk senang mengingatkan kita...kita akan panggil dgn nama gelaran jer. Jadi harap kwn2 tersebut jgnlah marah ya bila dipanggil dgn nama gelaran...tp kalau rasa tak suka ckp jer, n aku rasa kita pun faham n takkan panggil org tersebut dgn gelaran masa sekolah lagi...apa pun harap2 jgnlah sbb gelaran ni ada yg taknak berkawan dgn kita lg...mintak maaflah byk2 ya...

10 ulasan:

kembara kelana berkata...

Bagi kelas 5m1..kami tak ada gelaran apa apa..kami ok jer..semua ok. cikgu pun kami tak gelar apa apa.

Azmanar berkata...

Salam alaik,

hahahahahah ... kau Usop.. jangan nak perasan.

Yang aku paling ingat pasal kau ialah kau dan Shukor Atan selalu bawak pantun. Berbalas pantun kelakar. Sangat kreatif dan bijak. Kita semua ketawa hampir maut.

Tocham kata aku kuat gelar orang. Tapi Zakaria Mat Goyang bukan aku yang gelar. Hj Shafie Harun yang panggil dia Mat Goyang.

Jaafar Sulatin bukan aku yang gelar dia. Rasa aku Yem Babu.

Yang aku gelar ada 3 orang aje kat sekolah sebab berlagak. Semuanya senior:
1. Kepala Ayam
2. Kura-kura
3. Muka kuda

Yang lain bukan aku gelar. Kalau adapun aku tak nak mengaku.

Sukimin berkata...

eh adalah sop. Orang yang suka beri gelaran tak lain tak bukan ialah adnan afandi. Contoh yang dia beri ialah majan, maijen

Azmanar berkata...

Sukimin,

Kau punya browser kena penyakit gagap. Setiap kali posting keluar 2 kali. Kadang-kadang 3 kali.

Cuba kau tepok-tepok sikit cpu tu. Biar dia terbatok. Lepas tu hilanglah gagap.

Azida berkata...

Salam. bab gelaran ini ada yang aku tak berapa ingat. Tapi kenangan gelaran yang paling tak pernah aku lupa ialah 'Goyang'. Sampai hari ni aku masih ingat sebahagian joke dia... Zakaria ni kelakar orangnya... Ada sesiapa dah jumpa dia...

Azida berkata...

Mana Rahman tak keluar2 ni... rindu pulak dgn celoteh dia... jgn jeles tau... hehehe

kembara kelana berkata...

sukimin kena gelar minjuk
arbakaria kami panggil bak
elias kami tambah lias stone
azman terbalikkan jadi majan
sahrudin aruah jadi shahblack
latifah...[ ni segan ni ]
saadiah....kojeb
rosnah...[ malu aku nak cakap ]
jasminah...[ rahsia..jugak..]
syed bakar...burn
mimbar....wak
arbakaria.... bak
lainlain aku lupa

Azmanar berkata...

Salam alaik,

Last sekali Zakaria call masa aku kat TV3.

Komdian dalam tahun 2-3 tahun lepas ada bertembung kawan dia, Amir. Katanya Zakaria ialah Penerbit Kreatif Drama untuk beberapa Production House kat KL.

Sekarang ni tak taulah.

kembara kelana berkata...

azida
kenyataan yang maut tu
man...hero tamil...naik tocanglah kau

Sukimin berkata...

man,
Aku baru je abis tengok bola mu lwn aal, seri 2-2. Semlm boring sebab line tak clear tu yg komen keluar sampai 4. Aku tepuk2 dah malam tadi, macam kau suruh tapi rupa2nya aku yg tertidur.....