Sabtu, 6 Disember 2008

dari arab saudi

Salam alaik kawan-kawan,

Selamat menyambut Aidil Adha. Semoga rakan-rakan semua berada di dalam keadaan penuh rahmat. Semoga rakan-rakan semua mendapat rezeki yang melimpah-ruah penuh barakah.

Sempena hari raya ini, saya kepilkan beberapa foto juadah dari Tanah Arab.

Penyediaan Kambing Panggang

Penyediaan Ayam Panggang

Nasi Bukhari + Peshawari + Ayam Panggang

Nasi Peshawari + Daging Unta Hashi

Mutton Kabab, Homos, Roti dan Nan Cheese

Semoga rakan-rakan semua bergembira semasa hadir di Reunion nanti. Saya tak dapat balik Malaysia lagi sehingga selesai tugasan.

Jika ingin call, sila guna nombor tel Saudi : +966.50.6068224 . Harap call selepas pukul 3 petang Malaysia sebab waktu saya lambat 5 jam.

PS:
- Tocham > harap bersabor banyak-banyak.
- Usop > kau memang nak kena karate kalau tak bukak gelanggang Silat Lian.
- Hafizah, Farazah, Said, Mimbar, Elias, Sukimin > rupa kau semua tak berubah.
- Am, Bagio dan Mat Noor Maaros > kau bertiga datang Arabia lagi debab jadinya.

20 ulasan:

kembara kelana berkata...

terima kasih man arab..kau tak ada masa reunion kami susah man sebab kau kaki belasah ..

kembara kelana berkata...

selamat hari raya aidil adha juga untuk kau man..dan keluarga kau semuanya..

rahman berkata...

Man...I heard a lot about you. Hope to meet if you come down to KL or if I happened to be around there.

Selamat Hari Raya Korban to you and family.

Berapa ekok unta hang tumbang Man?

Sukimin berkata...

aku baru nak mintak kau hantar sikit daging kambing dari arab. kau macam tau2 aje terus anta gambao dia aje....selamat hari raya

kembara kelana berkata...

azman arab
kalau turun KL sms kat aku, kita kena teh dgn rahman hero tamil. itu hari tak sempat nak pekena..
terima kasih hantar gambar yang menarik dari sana

kembara kelana berkata...

dalam blog pun samseng man arab ni..dari jauh nak karate aku..aduhh tak berubah lansung

Azmanar berkata...

Salam alaik,

Laju betul dapat komen.

Usop, kau kena betulkan nombor tel aku kat sebelah kiri tu. Letak nombor Saudi. Kalau tidak, akan aku call Paul Francis.

Man, nanti once I balik, kita jumpa. Alhamdulillah dapat bersua kembali kat sini. Been wondering about you.

Sukimin. Kau aktif seperti dulu kala jugak. Merata-rata tempat kau tak putus-putus buat kawan. Nanti balik KL aku ke tempat kau.

USOP, walaupun aku masih geram dengan kau, aku ucapkan TAHNIAH kerana berkat BLOG ini, kau telah rapatkan hubungan sillaturrahim. Rahmat besar Usop.

Hanya satu perkara sahaja yang akan menghadang atau mempercepatkan DOA MAQBUL, iaitu hubungan sillaturrahim. Kau sebut nama aku dalam doa kau satu kali pun jadilah.

Azida berkata...

Salam. Tgk makan tu sedapnya. Tak berani nak komen apa2, takut dgn azman dia... dulu mcm garang aje...

rahman berkata...

Ida, Usop...aku fikir kau org jangan takut sangat la..Azman kalau karate pun tak mungkin akan sampai..sebab perut boleh tepis la. Kalau dulu lain la..Betul kan Man.

Man,..Nasi Peshwari/Bukhari tu mengancam betul le. Ida..kau belajar la masak, ambik resepi..nanti kita test

kembara kelana berkata...

ida masak nasi arab? aku pun nak test sekali, aku caya memang sedap, ajak fati dll. terima kasih man, oranglain sibuk,aku ni sekolah cuti aku pun cutilah..kau jaga diri kat sana, jangan samseng macam kau dekat muo...rahman, kau pulak jangan jadi samseng KL, aku hantar mr paul taulah kau...

Noorsham berkata...

man german...kau muncul jugak eh. Kau mesti tak tahan bca telatah geng2 lama ni kan..kalau x join mesti rugi tak dpt nak pekena dorg ni, kau kan sgt kenakan org...hahaha, gengster kau mmg tak hilang...hehe.

Nanti kau balik, kau jgn lupa bwk daging unta dan hantar kat ida(aku pun nak panggil 'ida' jerlah, mana leh tahan tgk korang jer manja2 dgn dia...). Lps tu ida, kau masak mcm dlm gambo tu...ajak skali fati, iss, dn kwn2 pompuan yg lain n kemudian kitaorang sume nak dtg n test makan. Kan dulu korang blajar masak srt kat sek. kitaorg cuma blajar buat rak buku jer...

kembara kelana berkata...

dah dah...si syam kedah pulak nak manja..panggil ida ida..kau nak kena pukul dgn safie afdal bolehlah [ muka tok laki dia macam safie afdal ] anyway..gurau jer ida kan..kau belajo ida masak nasi arab tu, kami bertiga nak datang test..tak payah ajak fati dan iss..bila ada orang perempuan tetap dia nak bungkus bawak balik..susah kita syam. hahahaha. rahman hari ni dia sibuk, adalah peluang kita kutuk dia sham. hero tamil memang menang kemudian, mula mula mesti pukul teruk teruk
azman arab
kau bila nak bawak aku ke dubai jalan jalan..aku ni sampai pencen tak akan dapat ke sana..kau tau nak karate karate karate, kalau suah kau suroh amir karate, kalau ramai kau call paul francis..tuler kerja kau man...hahaha

Said Ahmad berkata...

thanks azman,
at last youre here in our community. aku masih memerlukan pertolongan kau yang memang terkenal sebagai kaki pukul untuk kita track & tarik kawan2 kita yang dua tiga orang masih degil/liat nak joint kita balik. tak tahulah apa salah aku pada mereka sehinggakan tak mahu bercakap langsung walaupun beberapa kali telah menghubungi mereka. kau doalah dari negeri arab tu lagipun kau kan arab malaysia yang dah berhijrah ke sana semoga kita daat bertemu dengan kawan2 kita yang lain.
semoga kau berjaya dan inform aku awal2 bila kau balik malaysia. aku akan arrangekan another reunion for everybody.

kembara kelana berkata...

said
kau ada alasan nak terus mencuba, aku pulak lain, kalau dah cuba orang tak mau, ertinya kita dah sampai batasan dalaam mengajak..so, kau dan sapa sapa pun tak salah.
bukan salah ibu mengandung dah tu, salah dia sendiri menyorong kut mana. relaks said..relaks..

kembara kelana berkata...

set....man arab pasal makan tak ada masalah, kalau kau tak makan dia belasah tu jer..kau jangan nak acah man arab, dia kungfu , karate, silat, tae kwan do semua masuk..sampai sekarang dia cukup minat, tapi sikit usik nak call paul francis..lecehlah bar dah tua tua nak kena jogging

Azmanar berkata...

Salam alaik,

Mimbar. Kau rekomen tempat tepat sekali. Restoran tu betol sebelah Bangladesh Embassy kat Jalan Damai.

Aku makan beberapa kali kat situ. Memang sedap. Harga dia mahal sikit. Kau pau Sukimin tu sebab duit dia banyak-banyak tu nak buat apa.

Tapi kau orang mesti ingat. Bila restoran dah popular, biasanya makin lama makin tak sedap bila towkey naik takabbur. So sebelum jadi tak sedap, pergi cepat-cepat.

Apa jadi Elham Hassan, Ibrahim Isa dan Shaari? Tak dengar berita. Aku cukup respek mereka bertiga ni masa kat sekolah.

Tocham, Said dan Usop. Bila masa aku pukul orang.. hah? Aku kan budak baik kat sekolah. Aku cuma debik sorang mamat senior dan sorang Cikgu sebab mereka attack aku tak pasal-pasal mungkin sebab jealous tengok hidung aku. 2 orang je. Ceritanya berbakul-bakul korang tambah. Nak kena karate betol.

Aku faham. Kat sekolah dulu kepala aku senget. Nak buat macamana? Yang dapat adjustkan sikit kepala aku tu ada 2 orang senior, Sofian Lau dan Khalid Yassin. Sofian mungkin kini kat US, manakala Khalid Yassin ialah Associate Editor kat Harian Metro.

Kalau aku ada dosa dengan korang, maafkanlah aku. Semoga Allah panjangkan umor korang, dapat syafaat Nabi kat Yaumil Mahsyar dan masuk syorga tanpa perkiraan.

sha'ri berkata...

Azman
Aku ada ni kat sini, happy to meet in this cyberworld and also syukur yang kita semua berjaya in our own rights. Salam, hopefully kita boleh jumpa in the near future.
sha'ri now in UTM KL

kembara kelana berkata...

rupanya kau memantau dari jauh man yer..hahahaha aku provok sikit jer. kau memang baik, capal kau tulah aku dapat masuk maktab..capal arab. jangan marah man..sukimin pakai bmw lagi..geng kau ibrahim, elham dan shaari tu, baca blog, jer dia tak ada masa nak nulis, tapi ada jugak sekali sekala...ibrahim tak muncul lagi sejak 30 tahun ni..
kau pun doakan aku man.jumpa nanti
salam

Azmanar berkata...

Salam Aidil Adha kawan-kawan,

Hah.. adapun Shari. Kau kat department mana ye? Bila kat KL, hari-hari aku lalu kat tepi UTM jalan pintas masuk Keramat. Nanti kita jumpa.

Usop dan Tocham. Janganlah pulak korang ingat aku ni terlalu sensitif. Aku taulah korang bergurau.

Rahman. Aku belum jumpa nasik Peshawari. Nasik Bukhari adalah. Kalau nak kena Pakistani food, pegi restoran Rashid kat Ampang Point. Beryani, nan, tandoori dan kambing masala. Aku dah test banyak tempat, Restoran Rashid paling sedap dan tak sakit perut.

Kalau nak pekena Arab food, tempat yang Mimbar rekomen tu yang elok.

Said Ahmad berkata...

man,
jangan ambil hati. semua yang dipost/comment dalam blog ni adalah semata2 untuk mengingat kembali sejarah persahabatan kita bersama lebih 3 dekad yang lalu.
kalau tak menyakiti hati kawan dengan kata mengata & usik mengusik memang tak sah.
tapi dalam hati masing2 memang terlalu dekat dan mesra yang amat sangat.
seorang lagi member lama kita yang telah aku jejaki.....azman hasan aka azman khyber. nanti aku akan publishkan untuk tatapan semua.
rindu aku nak jumpa kau mannnn........