Ahad, 7 Disember 2008

Banjir di Riyadh

Salam alaik kawan-kawan,

Kesian Usop. Harap kau dapat mengelak banjir, lantas dapat menghadiri Reunion.

Cerita pasal banjir, belum pernah aku tempuh banjir lagi kat Malaysia. Banjir kilatpun belum.

Taqdirnya buat kali pertama aku termasuk kat Saudi. Satu Saudi kena banjir sebab hujan tidak berhenti selama 5 hari pada minggu pertama November yang lalu. Maklumlah mereka tiada system perparitan. Dikatakan ini kali pertama Saudi terkena hujan begitu lebat setelah beberapa dekad. Sejuknya cuaca tak terkata.

Setelah beberapa kali redah kereta aku dalam air di kawasan bernama Raudhah, tak dapat cari jalan keluar sebab air semakin tinggi dan arus semakin deras. So terpaksalah berhenti minum kat kedai kopi sambil tengok air mengalir dijalan tar bagaikan sungai selama 4 jam. Foto-foto berikut diambil dari dalam kereta.

12 ulasan:

joshua berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Noorsham berkata...

ni kejadah mana plak masuk...sape2 tolong buangkan komen dia ni, menyibuk jer...

kembara kelana berkata...

dah kali kedua, blog ni mula di ceroboh...nak buat macmana, makin ramai orang pandai

Noorsham berkata...

Man, slamat hari raya. Pagi raya ni kau kenyang ler pekena masakan arab. Mmg kesukaan kau...hehehe.

Jgn ler kecik hati man...kita panggil jer kau gengster. Kau mmg tak pukul org..tp kau slalu kata kat org...nnti aku debik kau nanti...gengster kau mcm tu jerlah...hehehe

kembara kelana berkata...

aku pun sama man, kau memang baik, kalau tak tak kan kau cari aku sampai kat kuantan dulu..aku tak puas sembang dengan kau..jumpa nanti, take care.

Sukimin berkata...

aku miss posting yg sham kata apa kejadah kat atas tu. Apa bendanya? Man ke sebab kau kat sana yg jadi banjir? Banjir rahmat tu namanya...kalau tak, org arab bila cikgu geog dia ajar tentang banjir, nganga ajela dia org sb tak leh nak byg...

Sukimin berkata...

aku miss posting yg sham kata apa kejadah kat atas tu. Apa bendanya? Man ke sebab kau kat sana yg jadi banjir? Banjir rahmat tu namanya...kalau tak, org arab bila cikgu geog dia ajar tentang banjir, nganga ajela dia org sb tak leh nak byg...

Noorsham berkata...

oh..mcm aku dgn usop ckp kat atas, ada mamat masuk buat komen suroh tgk blog dia dn kemudian suroh donate pada dia. aku rasa org ni mcm dari eropah timur n ckp dia tu mcm ada unsur2 mengajak kpd agama dia skit

usop, min...smlm aku bincang2 dgn rahman kat tpon, kami dapati ada org hantar emel yg sama pada kami tntg nak buat investment kat mesia ni n dia kata bapak dia ke tok dia ker pengerusi satu sykt minyak di eropah yg mana tak masuh akal sbb dia ni org islam n sykt tu sykt org putih...jd tak mungkin apa yg dia ckp tu. Jd kita org rasa kan, dgn meletakkan nama n emel add berserta tel no kat blog ni akn jeopardise our identity dlm keadaan org lain yg bukan dari kalangan kwn2 kita mengambil kesempatan terhadap kita. Jd korang pakar blog n it ni... termasuk man arab, pk2 kanlah apa yg terbaik utk 'keselamatan' kita...

kembara kelana berkata...

sham
aku dah agak dah benda ni..so, aku harap kau orang back up no tipon dan email tu, memang aku nak delete dah cuma aku beri peluang kawan kawan ambik 4 hari lagi, 1212 aku kuarkan
memang pun syam, aku pun terima benda yang sama...dan banyak lagi risiko sebenarnya..nanti aku umumkan

Sukimin berkata...

tu spam mail. Tak ganggu kita selagi kita tak layan. Yang penting jangan balas sebab ia akan mintak info kita. Biasanya dia nak butir diri kita (eg nama, contact no, bank acc etc) untuk dia kumpul dalam database dia. Zaman it ni database boleh djual. Adakala 1 rekod harganya 50 sen. Jadi kalau database dia ada sampai 1 juta, kau bayangkan berapa yg dia boleh dapat. Kau perasan tak yg kerap kita dapat emel yang kata bill gate nak donate duit tapi kita kena hantar info kita kpd penghantar emel di samping sebarluaskan emel kpd rakan2. Ni pun sama. So sebenarnya

Sukimin berkata...

sambung....so sebenarnya dia dapat alamt emel kita dr pelbagai sumber esp sama ada dia buat program auto generated atau dr hantar2 emel kau org esp melalui group. Aku tak fikir yg kau org dpt tu dia amik dr sini sebab biasanya kalau dr satu sumber yg sama kita semua akan dapat serentak....munglin dia dpt alamat kauorg dr somewhere else. Itu cuma aku punya agakan, mungkin salah.

Azida berkata...

Salam. panjang lebar nasihat pakar IT kita ni. betul kata Sukimin tu, tak semestinya alamat emel tu diambil dari blog kita...