Khamis, 4 Disember 2008

Azman Rahim & Azhari Ihsan

Selepas beberapa misi jejak kasih di Kuala Lumpur aku balik ke JB kerana ada tugas yang perlu diselesaikan apatah lagi urusan untuk perjumpaan kita 1312 nanti yang perlu dibereskan juga. Aku sorang2 aje ni menguruskan ikut rasa dan pandai2 aku ajelah. Nanti kalau majlis tu ada apa2 kekurangan kau orang tolong2lah cover balik. Aku harap ia berjalan dengan lancar.
Untuk mereka yang nak rasa atau tunjuk pada anak2 macamana kau orang dulu duduk kat asrama aku dah tempahkan dua unit dorm lelaki dan satu unit dorm pempuan. Bolehlah lepak2, sembang2 atau mengenang kembali zaman kau orang masa kat asrama 30 lebih tahun yang lalu. Sesiapa yang bawa anak bersama amat bermakna. Kita seterusnya akan minum petang di dewan makan ala2 zaman kita dulu jugalah, cuma yang akan dibekalkan untuk minum petang nanti taklah saperti yang kau orang minum dulu.

Selepas urusan tu semua aku selesaikan aku terus ke pejabat di mana adik Azhari Ihsan bekerja untuk mendapatkan nombor telefon si Azhari. Sebaik dapat nombor tel. tu aku terus tel. dia dan dapat bercakap dengan dia di hadapan adik dia sendiri. Seterusnya aku sms nombor dia kepada Yusof, Member, Sukimin dan Md Khair untuk dihebahkan kepada rakan2 yang lain. No. tel Azhari Ihsan: 012 6190845

Seterusnya aku meneruskan misi terjah & jejak kasih aku ke rumah Azman Rahim. Hujan begitu lebat masa tu tapi tetap aku teruskan dan dalam perjalanan Usop menelepon aku. Sebaik sampai di hadapan rumah dia aku nampak dia dah menunggu ketibaan aku tetapi sedang bercakap dlm telefon dengan Fati rupa2nya.

Azman Rahim juga seorang pendidik, mengajar kat sekolah Taman Sutera. Ikut cerita, dia pernah mengajar satu sekolah dengan Aliah Hussin di Pekan Nenas Johor satu masa dulu. Dia masih saperti dulu tak banyak berubah dan semasa rancak berbual tiba2 h/phone dia berbunyi rupa2nya si Member pulak yang call. Aku ceria dapat berjumpa dengan dia dan beberapa kali menyakinkan dia agar dapat hadir ke perjumpaan kita nanti. Kepada sesiapa yang nak menghubungi dia, nombornya:
019 7454496


1 ulasan:

Sukimin berkata...

Betullah Member....si Azman ni maintain dari segi rupa dan saiz badan.