Selasa, 9 Disember 2008

Azman Kyber dah dijumpai

Salam semua,

Azman Hasan..aka Kyber dah dijejaki oleh YB Said smlm di rumah ibu/ayahnya di Batu Pahat. Tima kacih pada YB di atas usaha beliau. YB siap tipon dan bagi aku cakap dgn Kyber n insyallah dia akan dtg ke reunion kita.

Peristiwa yg aku paling tak bole lupa pasal kyber ni ialah sekali tu masa prep malam masa form 2 ke form 3 dia main2 gaduh dgn isa kahar n buat bisinglah. tup..tup mr paul pun muncul n marah dorg sbb buat bising n tanya kenapa? si kyber kata si isa pukul dia n si isa kata si kyber yg pukul dia dulu. akhirnya mr paul pun kata ok..ok.. nak setelkan dorg ni dia kata pd isa kahar..awk tampar muka kyber n lps tu kyber plak tampar muka isa kahar. si isa ni pun takut2 tamparlah muka si kyber ni pelan2..lps tu bila giliran si kyber tampar isa kahar...dia tampar kuat2...sumer org ketawa terbahak2 tgk dorg termasuk mr paul n lps tu dia kata ok dah setelkan?...so skrg diam n blajar

kah...kah...kah...aku tak bole lupa tgk muka isa kahar...dia bengang jer...hehehe

Pagi td aku ada tipon pd Sudin Md. Dom n Mustafa mntak dorg cal 103 kat Melaka utk tnya samada Jaafar Sulatin atau Rosilawati ada listed ke kat direktori TM, manalah tahu. Dulu aku cari si Am Mansur dn Dr. Raous mcm tu ler..dpt pun dorg...

Ok...jmpa korang kat kluang 1312 nanti insyallah....

7 ulasan:

Noorsham berkata...

sebelum org lain bagi komen aku nak komen skit..tp bukan pasal posting aku. Ni aku tak tanya usop...apa citer ni kau bole guna nama kembara kelana ni?

Azida berkata...

Salam. Hahaha... Syam, takkan kau tak leh agak kenapa 'kembara kelana'... Tu tak leh jwb kat blog ni...hehehe

Azmanar berkata...

Salam alaik,

Usop. Fikiran kau masih melayang-layang lagi ke? Patut bila dah jadi Guru Besau fikiran kau dah stabil.

Ginilah. Bila kau dah simpan dalam RM5,500, gi umrah segera. Pakai visa business dan bukan visa Umrah.

Visa business ni kau boleh merayap satu Saudi. Aku boleh uruskan visa kau.

Lepas musim haji, hotel kat Makkah Madinah cuma RM80 aje sehari. Hotel kat Riyadh paling sengkek SR150 sehari. Sewa kereta kat Saudi murah aje, SR60 sehari, pakai international driving license. Dapatkannya kat JPJ dgn RM150 aje. Tambang pulang-balik Malaysia-Saudi cuma RM3,700.

Kau tengok-tengok apa yang kau nak bisneskan kat sini.

3 hari kat Riyadh dan berkenalan dengan kawan-kawan Arab. 2 hari kat Madinah dan 3 hari kat Makkah. Flight ada ekonomi dari riyadh ke Jeddah atau Madinah. SR250 sehala.

Boleh ke aku kongsi peluang niaga kat dalam blog ni?

kembara kelana berkata...

sham
nama kembara kelana tu nama masa aku muda muda, nanti aku citer
azida
kau jangan ..
man arab
maklumat kau beri cukup berharga..apa kau nak kongsi salam blog ni semua boleh...tak ada masalah..aku abru tau macam tu jalannya.. nanti kau balik malsysia kau call aku.. aku minat betul nak ke umrah tu man..ada kau aku segar lah sikit
terima kasih man.. namanya macam tu, aku serius kat sekolah.. aku jadi fasi GB lagi
kerja kerja man, terima kasih kawan kawan semua, aku tak saabor nak peluk kau orang..suka sangat

Noorsham berkata...

oh..kau ida dah tahu ler latar blakang gelaran tu eh...ok..ok..sop nnti kau citer ya. Lama juga kau menghilang diri..ida. Seronok beraya n makan ketupat rendang? Kat utara ni aku beraya dgn anak2 yg balik jer...

Man..kau ajak usop jer pegi umrah? Kita pegi ler ramai2..kan hari tu aku dah suggest dlm komen...

Azida berkata...

Salam. Syam, tentu la seronok beraya makan ketupat... Kau jauh, nak buat camna... Bagus cadangan nak buat umrah tu... nanti boleh bincang dalam gathering yang lain.

Azmanar berkata...

Salam alaik,

Aku bertembung Isa Kahar kat Carrefour Wangsa Maju tahun ni. Dia tengah shopping dengan family dia.

First reaction dia dengan suara seraknya yang tak berubah " Hey ! Man Rahman heh? Badan kau besau betol !! Kau makan apa ?! ".

Rasa aku, dah sampai masa untuk aku kurangkan makan kambing panggang.

Dia kata dia dengan Securities Malaysia. Namecard dia entah kat mana aku letak.